Panasnya Hari Ini

PKR Kesal Najib Pulangkan Baki Wang ‘Derma’ Yang Diterima

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan lebihan wang derma sebanyak RM2.6 bilion yang diterimanya kepada Putrajaya, ianya pasti akan dapat menyelesaikan isu 1.5 juta pekerja asing, isu dua kerja dan isu belia Malaysia sama ada bersedia atau tidak untuk mengambil alih kerja di dalam sektor 3D (Dirty, Difficult, Dangerous).

Berikutan itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil amat menyesali tindakan Najib yang bertindak memulangkan lebihan wang derma yang dianggarkan sekitar RM2 bilion itu.

“Najib seharusnya menggunakan RM2 bilion itu untuk membangunkan pasaran kerja demi masa depan modal insan di Malaysia.

“Jika Najib Razak memahami isu pasaran kerja ini sepenuhnya, dan oleh sebab ‘derma’ itu tidak salah di sisi undang-undang seperti yang dikata Peguam Negara, beliau tidak sepatutnya memulangkan RM2 bilion lebihan dari ‘derma Sheikh Saudi’ itu.

“Beliau (Najib) sepatutnya ‘menderma’ jumlah yang besar itu kepada Putrajaya untuk membangunkan pasaran kerja demi masa depan modal insan di Malaysia,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Dalam masa yang sama, Fahmi yang juga Naib Ketua Angkatan Muda PKR berkata, PKR juga sebelum ini pernah mencadangkan kepada kerajaan supaya menyumbang kepada prasarana kerja dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.

“Dalam belanjawan tersebut, satu dana khas yang bernilai RM2 bilion dicadangkan untuk membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil memperbaharui, menggerakkan dan menyesuaikan operasi untuk memenuhi keperluan gaji minima.

“Walaupun gaji minima hanya salah satu dari beberapa teras utama untuk menyelesaikan masalah pasaran kerja, ia merupakan satu langkah asas yang cukup penting,”ujarnya lagi.

Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan untuk menghentikan cadangan membawa masuk sejumlah 1.5 juta warga asing untuk bekerja di negara ini.

Sebaliknya, kata Fahmi lagi, kerajaan perlu memberi fokus kepada pelaburan pendidikan dan modal insan yang merupakan strategi lebih mampan untuk masa depan pasaran kerja negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");