Sukan Hari Ini

Real Madrid tewaskan Roma

BINTANG sensasi Real Madrid, Christiano Ronaldo meledakkan gol ke 89 miliknya dalam pertemuan Liga Juara-Juara Eropah selepas berjaya menewaskan AS Roma 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Sadio Olimpico awal pagi tadi, lapor foxsports.com

Real berkunjung ke laman pihak lawan bagi menebus kembali kekalahan 2-1 ketika bertemu Roma pada tahun 2008 lalu sekaligus turut menempah tiket ke suku akhir pada perlawanan kedua yang bakal berlansung di Madrid.

Selepas terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, Ronaldo memecahkan kebuntuan apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan padaminit ke 57 hasil hantaran daripada Marcelo.

Jaringan berkenaan merupakan gol ke 12 pemain Portugal tersebut bagi musim ini,

Gol kedua Real dijaringkan oleh Jese Rodriguez pada minit ke 86 sekaligus memberikan laluan mudah buat pasukan kendalian Zinedine Zidane yang menanti kunjungan pihak lawan pada perlawanan kedua nanti.

Jurulatih Roma, Luciano Spalletti yang menggunakan posisi 4-3-1-2 melahirkan rasa kecewa di atas kegagalan anak buahnya menyempurnakan beberapa peluang yang hadir dalam kotak penalti pasukan lawan.

Walaupun memperoleh kemenangan dalam pertemuan kali ini, Zidane turut mengingatkan anak buahnya agar tidak terlalu berpuas hati dan memberikan penumpuan bagi perlawanan kedua tiga minggu lagi.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");