Panasnya Hari Ini

Pekerja Asing Perlu Bebas Penyakit Kusta

KUALA LUMPUR: Kehadiran pekerja asing ke negara ini terutamanya yang masuk secara haram telah mengakibatkan berlakunya trend peningkatan penyakit kusta, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.

Katanya, kes tersebut meningkat sejak 2010 dan hanya menurun pada tahun lalu.

“Sebanyak 194 kes penyakit kusta dikesan pada tahun 2010 dan meningkat sebanyak 216 kes pada 2012 (317 kes), 2013 (306 kes), 2014 (308 kes) dan ia menurun kepada 210 kes pada tahun lalu,”katanya, lapor BERNAMA.

Mengulas lanjut, Sabah mencatatkan 75 kes pada tahun lalu yang menjadikan negeri itu diantara lima negeri tertinggi yang merekodkan jumlah kes penyakit tersebut.

Rekod juga menunjukkan Selangor mencatatkan 42 kes, Sarawak (22 kes), Pahang (12 kes) dan Kedah (10 KES).

Jelasnya lagi, sebanyak tiga kes direkodkan di Kedah berjaya dikesan yang melibatkan pelarian Rohingya di Depoh Tahanan Belantik, Sik.

“Kebimbangan kita dikaitkan dengan kemasukan pekerja asing yang disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai 70 peratus beban penyakit kusta di dunia dibawa mereka dari negara yang mempunyai beban penyakit kusta yang tinggi seperti Myanmar, Filipina, India, Bangladesh dan Indonesia.

“Ia membimbangkan dan mampu memberikan risiko kepada rakyat tempatan,”ujarnya.

Berikutan itu, beliau meminta agar majikan yang menggaji pekerja asing supaya memastikan pekerja asing yang diambil secara sah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

“Jangan kerana nak untung, murah dan cepat, kita membiarkan penduduk tempatan berdepan risiko kepada masalah kesihatan yang lama dibasmi antaranya malaria dan kusta yang kini muncul kembali,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan agar orang ramai tidak memandang serong kepada penghidap penyakit kusta dan kaedah rawatan juga kini adalah yang terbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");