Berita Hari Ini

Perkukuh perpaduan melalui kerja amal

Putrajaya: Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia (WIHW) 2016 tahun ini disambut berbeza sesuai dengan pemilihan tema ‘Charity For Unity’ iaitu memperkukuhkan perpaduan melalui kerja amal untuk semua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di setiap negeri akan diarah untuk memperkukuhkan perpaduan negara melalui program dan kerja amal yang memberi tumpuan kepada lawatan pesakit di hospital negeri masing-masing.

Beliau berkata, program dan kerja amal itu akan dilaksanakan dengan pembabitan pemimpin masyarakat dan pemimpin pelbagai agama.

“Konsep sambutan pada tahun ini bertunjangkan kepada kerja amal membabitkan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, katanya, pihaknya turut menganjurkan Forum Belia Antara Agama pada minggu terakhir Februari membabitkan penyertaan lebih 1,000 belia pelbagai agama dari universiti awam (UA) dan swasta.

Joseph berkata, program lain dirancang termasuk Unity Prayer For Malaysia yang akan berlangsung pada 27 Februari membabitkan penyertaan 1,000 orang pelbagai penganut agama termasuk ketua agama, ahli Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA), badan bukan kerajaan (NGO) agama dan sosial.

Menurutnya, Unity For Prayer Malaysia adalah satu platform bagi penganut pelbagai agama di Malaysia untuk sama-sama berdoa ke arah kesejahteraan dan keamanan Malaysia.

“Program lain yang akan dianjurkan termasuk aktiviti ke arah mempromosikan persefahaman dan keharmonian agama terutama di peringkat daerah dan negeri,” katanya.

Sementara itu, katanya, satu majlis penyampaian watikah pelantikan ahli baru JKMPKA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlangsung pada 24 Februari ini.

“Saya difahamkan bahawa JKMPKA kali ini akan dianggotai oleh 32 orang dalam kalangan pemimpin agama, NGO dan ahli akademik,” katanya.

WIHW mula disambut sejak 2011 bertujuan mempromosikan persefahaman dan keharmonian agama di negara ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");