Panasnya Hari Ini

Perlantikan Exco Kedah: Bashah Bakal Jumpa PM Hari Ini

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini difahamkan mengenai perlantikan exco kerajaan negeri yang baharu.

Memetik sumber Mstar, rombakan pastinya berlaku apabila ia melibatkan pertukaran menteri besar yang turut melibatkan rombakan jawatan-jawatan exco kerajaan negeri.

Ahmad Bashah telah mengesahkan mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri.

“Segala-galanya bergantung kepada hasil perbincangan saya dengan perdana menteri nanti. Boleh jadi saya kekalkan barisan exco yang sedia ada dan ada kemungkinan juga satu dua muka baru akan muncul.”katanya ketika ditanya sama ada perbicangan itu bakal menyaksikan rombakan besar-besaran dalam barisan kabinet kerajaan negeri.

Tambahnya, perubahan adalah perkara biasa dalam politik dan tidak semestinya perubahan kepada jawatan menteri besar bermakna seluruh anggota exco lama akan digugurkan.

“Secara konvensyennya di Kedah, setiap kali adanya perubahan ke atas jawatan MB, Yang Dipertua Dewan akan menasihati agar anggota-anggota exco turut mengangkat sumpah taat setia.

“Jadi ini bermakna secara langsungnya mereka akan mengangkat sumpah sebagai barisan exco yang baru, ” jelas Ahmad Bashah.

Menurut beliau, mesyuarat exco tidak akan diadakan sehingga barisan exco baru mengangkat sumpah.

Menurut sumber, Ahmad Bashah juga dijadual bertemu dengan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Khamis untuk mempersembahkan senarai sembilan exco kerajaan negeri dan kemudiannya bertemu dengan Sultan Kedah.

Difahamkan,Ali Yahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin adalah antara nama yang disebut sebagai muka-muka baru yang bakal dilantik mengalas tugas selaku anggota exco.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");