Panasnya Hari Ini

Pilihanraya Sarawak: DAP Disaran Supaya Hentikan Serangan

KUALA LUMPUR: Ketua PKR Sarawak, Baru Bian  menerusi kenyataannya hari ini tampil menegur tindakan pemimpin DAP negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak rasional yang dikhuatiri akan  menjejaskan imej pemimpin pembangkang amnya.

Tambahnya lagi, beliau bimbang jika ia dibiarkan pastinya akan memberi imej negatif terhadap peranan pemimpin parti itu sendiri.

“Saya minta Chong Chien Jen untuk kekang ahli-ahlinya, dan halang mereka daripada membuat kenyataan keras terhadap ahli dan pemimpin-pemimpin kita di Malaysia Barat.

“Kenyataan-kenyataan yang tidak rasional oleh ahli-ahlinya menjejaskan imej pembangkang di mata orang ramai dan saya bimbang bahawa ini akan memberi imej negatif terhadap peranannya sebagai pemimpin parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya pilihan raya Sarawak yang bakal menjelang ini dirasakannya paling mencabar bagi pakatan pembangkang dan DAP digesa supaya menunjukkan disiplin yang baik serta kebijaksanaan.

“PKR kesal (bahagian) DAP Betong dan Sri Aman melihat adalah wajar untuk membuat serangan yang tidak munasabah dan jengkel ke atas ahli dan pemimpin kami.

“Ia mungkin tanda keadaan panik yang semakin meningkatkan di kalangan ahli-ahli mereka menjelang mesyuarat agihan kerusi lewat minggu ini,” katanya.

Difahamkan kedua-dua bahagian DAP itu telah mencadangkan calon mereka di kerusi yang bertindih sama seperti yang didakwa oleh PKR.

Kedua-dua pihak juga telah bertindak mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kerusi untuk pilihan raya negeri Sarawak tersebut, walaupun mesyuarat rundingan pembahagian kerusi Pakatan Harapan hanya dijadualkan berlangsung pada minggu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");