Sukan Hari Ini

‘Semangat Foxes tetap membara’

London: Kapten Wes Morgan yakin serta percaya Leicester City akan dapat melupakan kekalahan di tangan Arsenal dan kembali berada di landasan tepat memburu gelaran Liga Perdana musim ini.

Penyerang Arsenal Danny Welbeck menjaringkan gol kemenangan di Stadium Emirates, Ahad lalu untuk memberikan kekalahan ketiga Leicester dalam saingan Liga Perdana setakat ini dan Morgan tegas mengatakan pemainnya pasti bangkit dengan kadar segera.

“Ia keputusan yang mengecewakan. Melepaskan jaringan sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan pada perlawanan seperti itu adalah sangat melukakan,” kata pemain pertahanan itu di dalam laman web rasmi kelab (www.lcfc.co.uk).

“Kami pasukan yang mempunyai semangat juang tinggi dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Kami biasanya akan membantu setiap pemain.

“Kami pasti bangkit dan melupakan kekalahan itu bagi menjadikan Norwich yang akan ditemui selepas ini sebagai mangsa.”

Kekalahan itu tidak cukup untuk menyingkirkan Leicester dari persada Liga Perdana walaupun jurang mata dengan pasukan lain semakin mengecil.

Pengurus Claudio Ranieri memberikan rehat seminggu kepada pemain untuk memastikan anak buahnya kembali cergas sebelum bertemu Norwich City pada 27 Februari ini.

“Kami berehat seketika dan tidak akan memikirkan soal bola sepak,” kata Morgan.

“Kami mengharungi tiga perlawanan sukar sebelum ini dan perlu berehat dan melupakan seketika soal bola sepak. Kami akan kembali dengan minda lebih segar dan sedia untuk terus bermain. Kami pasti bangkit.” – Reuters/Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");