Panasnya Hari Ini

PKR Dakwa Dana kempen PRU13 Tidak Guna Wang Derma RM 2.6 bilion

KUALA LUMPUR:Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bahawa dana yang digunakan BN dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bukan daripada derma derma RM2.6 bilion seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah dakwanya, kempen itu menggunakan wang rakyat yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada salah satu badan bukan kerajaan yang berkempen untuk meraih undi iaitu Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).

“Bukti bahawa Sahabat BN MAICCI telah berkempen untuk BN mendapat liputan meluas dan turut dipaparkan dalam laman-laman web pemimpin BN.

“Saya lampirkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April 2013 kepada (Presiden MAICCI) Datuk K. K. Eswaran yang mengesahkan bahawa Perbendaharaan telah menyalurkan geran sebanyak RM2 juta.

“Malah K. Eswaran sendiri telah mengesahkan (melalui minit mesyuarat MAICCI) menerima geran ini dari Kerajaan Persekutuan yang kemudiannya dibelanjakan bagi membiayai perbelanjaan kempen BN melalui program Sahabat BN yang dikendalikan MAICCI,” katanya memetik laporan sinar harian.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata telah menerima derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya digunakan untuk kempen pilihan raya.

Rafizi turut mendedahkan surat permohonan peruntukan kewangan kepada MAICCI bertarikh 23 April yang menyatakan Perbendaharaan telah menyalurkan geran sumbangan berjumlah RM2 juta kepada MAICCI.

Beliau turut menyertakan dokumen Borang Perakuan Penerimaan EFT dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 22 April 2013 berjumlah RM2 juta yang didakwa ditandatangani Datuk Ketheeswaran M. Kanagaratnam pada 25 April 2013.

Selain itu, Rafizi juga turut mengemukakan minit mesyuarat ke-4 MAICCI untuk penggal 2012-2014 bertarikh 11 Mei 2013 yang dipengerusikan oleh K.Eswaran.

Melalui dokumen itu, K.Eswaran berkata beliau telah berjaya mendapatkan derma sebanyak RM2.5 juta untuk tujuan pilihan raya dan peruntukan RM300,000 yang diluluskan MAICCI untuk tujuan itu tidak digunakan.

“Kenapa beliau tidak ambil RM2 juta dari derma RM2.6 bilion yang didakwa untuk membiayai kempen PRU BN hingga salurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya telah melanggar undang-undang?

“Ini menimbulkan keraguan bahawa kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai oleh sumbangan RM2.6 bilion seperti didakwa Najib,” katanya.

Rafizi turut menggesa Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");