Jenayah

Suami isteri cemas lori ais masuk laluan

GEMENCHEH: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila sebuah lori muatan ais tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke laluan mereka di Kilometer 2, jalan Felda Bukit Jalor, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, pasangan berusia sekitar 40-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta yang dinaiki remuk teruk di bahagian sisi kanan belakang.

Menurut jurucakap polis, berdasarkan siasatan awal, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu lori membawa muatan ais yang menuju ke Felda Bukit Jalor, sementara kenderaan jenis Proton Saga FLX dari arah bertentangan iaitu dari Felda Bukit Jalor.

“Dipercayai lori berkenaan ingin memotong sebuah motosikal sebelum ternampak kereta dari arah bertentangan. Sebaik ternampak kereta, pemandu lori cuba menekan brek, namun gagal mengawal pergerakan kenderaan sehingga menyebabkannya bergesel dengan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.

“Lori tersebut kemudiannya terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik ke dalam semak di bahu jalan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa iaitu pemandu dan kelindan keluar sendiri dari lori yang terbalik berkenaan.

Menurutnya, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kes berkenaan disiasat di bawah peraturan 10.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");