Berita Hari Ini

Tabung Haji mampu bayar dividen – Jabatan Audit

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) mampu membayar dividen kepada pendepositnya selepas semakan terhadap penyata pendapatan syarikat itu dibuat oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata penetapan kadar dividen TH bagi tahun 2015 adalah di bawah tanggungjawab ahli lembaga pengarahnya.

“Berdasarkan semakan terhadap penyata pendapatan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan maklumat interim yang diterima, adalah didapati TH mampu membuat bayaran dividen kepada pendepositnya,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Ambrin berkata, semakan yang dibuat oleh JAN sebelum TH mengisytiharkan dividennya adalah amalan biasa.

Katanya, ia bagi memastikan polisi perakaunan yang diguna pakai oleh TH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat.

Beliau mengulas mengenai laporan media yang menyoal keupayaan TH untuk membayar dividen kepada pendepositnya dan mengaitkannya dengan semakan yang sedang dijalankan oleh JAN.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");