Berita Hari Ini

Tarif air naik: Jangan beban rakyat

SHAH ALAM – Kenaikan tarif air yang dicadangkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah tidak wajar dan membebankan rakyat yang sedia terkesan dengan kelembapan ekonomi negara.

Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, cadangan berkenaan jelas menunjukkan kerajaan negeri hanya mementingkan keuntungan semata-mata berbanding menjaga kepentingan rakyat.

“Sebelum ini mereka sengaja melengah-lengahkan perjanjian, sekarang ini mereka nak naikkan tarif air pula.

“Tindakan kerajaan negeri ini jelas menunjukkan mereka cuma mementingkan keuntungan semata-mata dan membelakangkan kepentingan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kenaikan tarif sepatutnya ditanggung kerajaan negeri kerana ia adalah tanggungjawab mereka untuk menyediakan air bersih kepada rakyat.

“Kerajaan negeri tidak seharusnya menaikkan tarif air kerana sumber berkenaan adalah keperluan asas rakyat.

“Sepatutnya mereka yang menanggung bebanan tersebut melalui cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat,” katanya.

Johan berkata, BN Selangor telah menduga perkara ini akan berlaku kerana Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah menyuarakan hasrat berkenaan di dalam Sidang Dun yang lalu.

“Kita bantah apabila mereka mahu naikkan tarif dan akhirnya mereka diam dan mengekalkan kadarnya.

“Ternyata, selepas setahun mengambil alih syarikat konsesi air, mereka telah menaikkan tarif atas alasan kos penyelenggaraan,” katanya.

Kelmarin, Air Selangor akan mengemukakan pelan perniagaan tiga tahun yang melibatkan cadangan tarif baharu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pelan perniagaan berkenaan mengambil kira kos biayai operasi dan kos biayai modal di ketiga-ketiga kawasan berkenaan.

Sebelum ini, kenaikan tarif air disuarakan sendiri Azmin di dalam Sidang Dun Negeri pada November tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan Syabas, Puncak Niaga Holding Berhad (PHNB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) selesai sepenuhnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");