Perak Hari Ini

46 Penghuni CWS Simee Dirai

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, seramai 46 penghuni Rumah Orang Tua (CWS) Simee menerima gaya rambut baharu bagi sambutan Tahun Baru Lunar, anjuran Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB).

Ia juga merupakan inisiatif yang diambil oleh syarikat itu sebagai sebahagian daripada usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat bagi berkongsi kegembiraan perayaan dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Naib Presiden Pertama, Modal Insan F&NHB, David Hoong berkata, penganjuran program berkenaan diharapkan dapat memberi peluang kepada syarikat tersebut untuk mendekati masyarakat, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik di negara ini.

“Musim perayaan memberikan peluang yang sempurna untuk berbakti kepada masyarakat yang telah menyokong kami selama ini dan yang paling penting, berkongsi rezeki dengan masyarakat, tidak kira tua atau muda.

Photo 1 (2)

“Oleh itu, kami gembira dapat meraikan perayaan yang penuh bermakna ini dengan penghuni CWS Simee,”katanya dalam satu kenyataan media.

Kesemua warga emas itu mendapat dandanan rambut dari Jenny Soo Academy APT Ipoh.

Penghuni warga emas yang hadir juga turut menerima ‘angpau’ dan beg cenderahati.

“Dalam tradisi masyarakat Cina, ini adalah masa yang paling penting pada tahun ini apabila keluarga dan rakan-rakan dari jauh dan dekat menyatukan kembali dan menyebarkan salam keamanan, kemakmuran dan nasib yang baik antara satu sama lain.

“Kami berharap agar sambutan kali ini dapat memberi sesuatu yang bermakna untuk mereka,”ujarnya.

Sementara itu, Pengurus CWS Simee, Vincent Lee, beliau amat menghargai F&NHB di atas sokongan yang diberikan oleh syarikat itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");