Jenayah

5 penumpang lemas dalam pelanggaran bot

TUARAN – Lima penumpang lemas manakala 23 lagi dilaporkan selamat setelah dua bot berlanggar di Sungai Serusup dekat Panimbawan, di sini, malam tadi.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh Hospital Tuaran ialah Saloma Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnom dan Nurul Azda.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah ketika dihubungi pagi ini, memaklumkan belum mempunyai maklumat terperinci mengenai umur mangsa dan kejadian berkenaan.

Menurut jurucakap pusat gerakan berkenaan, pihaknya masih meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa kerana pihaknya tidak dapat memastikan bilangan penumpang dari kedua-dua bot berkenaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");