Panasnya Hari Ini

Menteri Seperti ‘Ayam’ Banyak Makan Dedak

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan Menteri Kabinet Malaysia seperti  ayam yang dakwanya tidak mengedahkan keadaan yang berlaku kerana terlalu banyak memakan ‘dedak’.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman facebooknya, beliau menyifatkan ayam yang terlebih makan dedak menyebabkan haiwan ternakan itu menjadi lali sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling.

“Sewaktu saya kecil di kampung pada suatu masa dahulu..keluarga saya pernah bela ayam secara komersil.

“Saya suka bagi makan ayam bila tiba waktunya. Dedak-dedak diambil dari guni besar dan diisikan di dalam palung sebagai makanan ayam. Kadang kala saya bagi ayam makan sikit dan ada kalanya saya beri dedak secara berlebihan.

“Menteri-menteri kaki bodek minda lemah otak udang Umno ini kadang-kalanya sama dengan ayam. Bila makan dedak terlalu banyak sehingga terlampau mengenyangkan; inilah yang akan berlaku,” catatnya.

Tambahnya lagi, berkemungkinan juga Menteri Umno terlalu ‘kenyang’ sehingga mereka tidak mengetahui apa yang sedang terjadi kini.

“Kalau semuanya mereka tak tahu; jadi persoalannya apa yang mereka tahu?.. Sehinggakan duit hilang dengan jumlah yang besar pun mereka kata tak tahu.

“Jadi adakah puak kaki bodek minda lemah otak udang ini semua kabinet kayu yang semuanya mereka tak tahu.Apa kerja mereka pada hakikatnya?,” catatnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");