Membawang Hari Ini

Allegiant hampiri pengakhiran

SEJAK mula ditayangkan pada 2014 menerusi filem berjudul Divergent, penonton diperkenalkan dengan karakter seorang gadis berani bernama Tris yang cuba menyelesaikan pelbagai persoalan mengenai sistem berkumpulan yang diwujudkan sejak sekian lama.

Bukan itu sahaja, Tris melalui kejutan apabila dia diklasifikasikan sebagai Divergent dan kumpulan itu tidak pernah wujud dan sesiapa yang tergolong di dalam Divergent akan dihapuskan.

Dalam menyelesaikan pelbagai persoalan, dia berkenalan dengan Four yang ketika itu menjadi tunjang kepada kumpulan Dauntless (keberanian) dan satu rahsia terungkai apabila Four juga adalah Divergent.

Sebaik rahsia mereka terungkai, mereka mula melarikan diri dan kisah mereka disambung di dalam filem Insurgent yang ditayangkan tahun lalu.

Ia menyaksikan misi Triss dan Four bersama rakan-rakan mereka merungkai apakah itu Divergent yang sebenarnya yang turut membawa kepada kisah kematian Jeanine Matthews (Kate Winslet).

Dan tahun ini, menerusi The Divergent Series: Allegiant yang menyaksikan Robert Schwentke sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan francais Divergent selepas Insurgent.

Masih mengekalkan Shailene Woodley (Beatrice Prior/Triss) dan Theo James (Tobias Eaton/Four) selaku teraju utama, filem ini turut dijayakan Ansel Elgort (Caleb Prior), Zoë Kravitz (Christina), Miles Teller (Peter Hayes).

Ia juga turut menyaksikan kemunculan semula Naomi Watts (Evelyn Johnson-Eaton) dan watak baharu seperti Jeff Daniels (David).

Seperti filem Harry Potter, Twilight dan Hunger Games, filem yang diadaptasi dari novel tulisan Veronica Roth berjudul Divergent trilogy.

Bahagian pertama dalam filem terakhir siri “Divergent” ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan.

Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah.

Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagaimana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago.

Pada pendapat penulis, Allegiant memaparkan lebih konflik dan kejutan berbanding Insurgent.

Biarpun ada ketika sudah boleh dijangka, ia tidak pun mengurangkan keterujaan untuk merungkai teka-teki yang berlaku sejak awal filem ini ditayangkan.

Malah filem ini juga memaparkan aksi yang lebih sedikit berbanding Insurgent.

Apa yang pasti, anda pasti akan terpukau dengan CGI (Imej Janaan Komputer) yang digunakan di dalam filem ini untuk mengambarkan bandar baharu di sekitar Chicago.

Lebih aksi percintaan

Selain itu, trilogi kali ini memaparkan lebih banyak konflik dan babak percintaan melibatkan Tris dan Four yang pada pandangan penulis agak berlebihan.

Pengarah menggambarkan mereka semakin romantis di kemuncak misi mereka, namun ada ketikanya, babak romantis melibatkan mereka dirasakan tidak perlu.

Namun dari segi lakonan, sekali lagi pujian harus diberikan kepada Woodley yang berjaya mengemudi jalan cerita filem ini dari awal hingga akhirnya.

Bahkan tidak keterlaluan untuk penulis katakan, antara sebab utama penonton terus setia menyaksikan filem ini hingga ke akhir adalah disebabkan lakonan mantap Woodley.

Justeru untuk mengetahui apakah yang ada di sebalik tembok dan apakah konflik melibatkan Tris dan Four? Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

The Divergent Series: Allegiant
PENGARAH : Robert Schwentke
PELAKON : Shailene Woodley, Theo James, Naomi Watts & Maggie Q.
GENRE : Pengembaraan / Sains Fiksyen
DURASI : 2jam 1minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 17 Mac 2016
KESELURUHAN : * * * *

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");