Jenayah

Anak polis 5 tahun lemas di kolam

SEREMBAN: Seorang anak polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, lemas ketika mandi di sebuah taman tema di Rantau dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.40 petang, Mohamad Thaqif Nur Iqbal Mohd Hizzuad, 5, segera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, tetapi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata ayah mangsa, Lans Koperal Mohd Hizzuad, berada di rumahnya di Taman Kemacahaya, Batu 9 Cheras, apabila menerima panggilan daripada kakaknya memaklumkan kejadian itu.

Katanya, Mohamad Thaqif yang mandi bersama dua sepupunya juga berusia lima tahun, pergi ke bahagian kolam lebih dalam untuk pengunjung dewasa.

“Tiga sepupu itu hampir lemas dalam kolam dan segera diselamatkan orang ramai. Mereka dibawa ke HTJ selepas melihat keadaan ketiga-tiga kanak-kanak itu yang lemah,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Thaqif disahkan meninggal dunia, manakala dua sepupunya dapat diselamatkan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan kepada polis, kira-kira jam 6.30 petang tadi dan mayat mangsa kemudian diserahkan ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");