Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Bersifat Seperti Pembangkang- PAN

KUALA LUMPUR:Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan apa sebenarnya peranan parti Pas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang disifatkannya cukup menghairankan.

“Kalau pembangkang, buatlah cara pembangkang dan jangan hanya jadi pemerhati ketika dewan bersidang.

“Peluang pembangkang untuk mentadbir negeri memang terbuka luas tetapi kesempatan itu tidak diambil oleh pembangkang yang mewakili Pas tanpa diketahui sebabnya,” katanya memetik sumber MalaysiaGazette.

Tambahnya, sikap Pas yang dilihat kadang kala menyokong pembangkang dan kemudian menukar pula kepada sikap berkecuali amat membingungkan.

“Pas boleh berubah sekelip mata dan hal ini hanya akan merugikan parti itu sendiri yang dilihat tidak pernah konsisten dalam membuat keputusan.

“Kalau dah nama pembangkang, sebaiknya kita bersatulah dalam apa juga pandangan dan cadangan supaya tindakan yang kita ambil selari tetapi apa yang berlaku, Pas tidak bersifat seperti pembangkang,” ujarnya.

Tambahnya lagi, sekiranya Pas ingin bekerjasama dengan UMNO, parti itu perlu berterus terang daripada mengambil sikap berkecuali.

“Kita menyalak bagai nak rak membela rakyat dengan menekan kerajaan negeri tetapi Pas yang pada mulanya menyokong boleh bertukar keesokannya harinya jadi berkecuali.

“Jadi saya pun tak tahu sama ada Pas ni parti membangkang atau apa kerana menyokong UMNO pun tidak, menjadi pembangkang pun tidak,” jelasnya.

Ujarnya lagi, berkaitan insiden yang membabitkan peniaga diusir oleh pihak terbabit di perhentian bas sehingga mengakibatkan mereka dimasukkan ke dalam penjara kerana melawan, Pas dakwanya tidak langsung bersuara untuk menangani masalah tersebut.

“Yang datang bertanya bertemu peniaga-peniaga dan bantu hanyalah saya dan Ahli Parlimen Bandar Terengganu, Azan Ismail sedangkan majoriti yang jadi mangsa adalah ahli Pas dan UMNO.

“Mereka ada bertanya kepada saya di mana peranan Pas sebagai pembangkang dan memang saya tak boleh nak jawab,” katanya.

Pas juga diharap agar bersatu dalam hal menangani permasalahan rakyat kerana mereka adalah parti yang sama-sama bertaraf pembangkang.

“Fikirlah tentang rakyat, jangan sempitkan fikiran hanya kerana kita sudah berlainan parti,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");