Panasnya Hari Ini

Apa Tujuan Najib Kata Beliau Bukan Penyangak? – Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan veteran, Datuk Abd Kadir Jasin hari ini membidas peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata beliau bukanlah seorang penyangak yang mencuri dan merompak harta milik rakyat.

Kadir berkata, sepanjang ingatan beliau, tidak ada sesiapa pun yang menuduh Najib sebagai perompak yang mencuri balak dan bauksit di Pahang.

“Tapi ramai mendakwa dan mensyaki beliau terbabit dengan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

“Jadi apakah tujuan beliau apabila berkata ‘jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat’?” soalnya menerusi blog beliau, kadirjasin.blogspot.my.

Bekas Ketua Pengarang NSTP itu menyifatkan apa yang dikatakan oleh Najib adalah satu mainan psikologi yang sengaja dilakukan untuk mengaburi mata rakyat jelata terutamanya mereka yang tidak faham isu-isu kompleks yang sedang dibincangkan.

Kata Kadir lagi, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menganggap Najib sebagai penyangak ataupun tidak.

“Sama ada Najib penyangak atau tidak, saya serahkan kepada rakyat jelata dan kepada mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membicarakannya.

“Apa yang sedang diperkatakan mengenai 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan ‘derma’ RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah diluar kemampuan penyangak, bajingan dan kawar jalanan.

“Kalau ia kegiatan ‘menyangak’ biasa seperti mencuri motosikal kapcai atau kasut di masjid, ia tentulah tidak disiasat dan akaun bersabit dengannya dibekukan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");