Panasnya Hari Ini

Kalau Saya Terima, Bermakna Saya ‘Makan Dedak’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Jawatan Yang di-Pertua Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) pernah ditawarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau disingkirkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO.

Perkara itu didedahkan oleh beliau sendiri ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di Dewan Orang Ramai Dewan Kampung Sungai Ampat, Kota Tinggi, malam tadi.

“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah.

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 bilion dan duduk diam,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, Muhyiddin terpaksa menolak kesemua tawaran tersebut kerana beliau bukanlah ‘pemakan dedak’ (orang yang boleh dibeli) selain daripada beliau tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan beliau.

“Saya tolak tawaran ini kerana ia melibatkan maruah. Jika saya terima, bermakna saya ‘makan dedak’ (seseorang yang boleh dibeli). Rakyat akan kata Muhyiddin orang nombor satu yang makan dedak.

“Saya tidak boleh mengorbankan prinsip perjuangan,”tegasnya.

Terdahulu, Muhyiddin dilucutkan jawatan sebalai Timbalan Perdana Menteri dan digantung Timbalan Presiden UMNO selepas lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

Selain itu, Muhyiddin juga diantara pemimpin UMNO yang hadir menandatangani Deklarasi Rakyat diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");