Panasnya Hari Ini

Utusan Malaysia Gambarkan Saya Dan Mukhriz Macam ‘Perompak’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia menggambarkan beliau dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai ‘perompak’.

Ini kerana, kata Muhyiddin, Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita-berita buruk mengenai kedua-dua pemimpin itu.

“Sekarang ini mereka nak tengok muka saya pun tak boleh lagi, mana ada Utusan di sini. Yang ada MalaysiaKini, Pak Din Turtle (blogger) dan Malaysian Insider (kini ditutup).

“Kalau tuan-tuan baca Utusan, cerita-cerita yang buruk pasal Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz. Keluar macam-macam (berita), macam kami ini ‘perompak’ dibuatnya,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Terdahulu, Muhyiddin telah disingkirkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai tahun lalu manakala jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya telah digantung pada Februari 2016.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Deklarasi Rakyat yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan telah menerima 50,000 tandatangan.

Deklarasi Rakyat itu diketuai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas pemimpin kanan kerajaan dan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");