Sukan Hari Ini

Arsenal ditundukkan Swansea

HARAPAN Arsenal bagi menjadi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin terhalang setelah pasukan berkenaan ditundukkan oleh Swansea City 1-2 dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Kekalahan Arsenal itu meletakkan pasukan bimbingan Arsene Wenger berada di kedudukan ketiga carta liga dengan 51 mata.

Arsenal bermula baik apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi Joel Campbell pada minit ke-15.

Pemain yang berasal dari Costa Rica tersebut berjaya menyudahkan umpanan daripada rakan sepasukan, Alexis Sanchez sekali gus menewaskan penjaga gawang Swansea, Lukasz Fabianski.

Susulan daripada jaringan berkenaan, Arsenal menerima tekanan hasil daripada serangan bertali arus daripada Swansea dan hasilnya, The Gunners dikejutkan dengan gol penyamaan yang dijaringkan oleh Wayne Routledge pada minit ke-32.

Arsenal berpeluang untuk menjarakkan kedudukan menerusi sepakan kuat daripada Sanchez pada minit ke-72 namun cubaan pemain yang berasal dari Chile itu sekadar terkena tiang dan melepasi gawang gol.

Ashley William menjadi wira buat Swansea apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang menerusi jaringan pada minit ke-74 sekaligus menewaskan penjaga gawang Arsenal, Petr Cech.

Arsenal berusaha untuk merapatkan kedudukan namun pertahanan Swansea berjaya beraksi dengan cemerlang bagi memastikan gawang mereka tidak diceroboh oleh pemain The Gunners. – CNN/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");