Panasnya Hari Ini

DAP Hanya Menolak Pelaksanaan Hudud

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa parti itu tidak menolak hudud sebagai sebahagian perkara penting dalam Islam, sebaliknya parti itu hanya menolak pelaksanaan hukum Islam itu.

Jelasnya lagi, DAP hanya menolak pelaksanaan hudud berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, faktor penduduk berbilang kaum dan juga kesesuaian berdasarkan keutamaan di negara ini.

Zairil turut dilaporkan berkata, kerjasama diantara DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) wujud berikutan pendirian AMANAH yang progresif mengenai hudud dan kesediaannya berunding dengan parti sekutu dalam pelbagai perkara.

“Pendirian AMANAH ke atas hudud adalah jelas dan ia adalah pendirian progresif. DAP menghormatinya,”ujarnya, lapor portal berita Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, DAP tetap konsisten mengenai pandangan parti itu mengenai hudud, malah sebelum Pakatan Rakyat dibentuk pada tahun 2008.

Ujarnya, hudud tidak pernah menjadi masalah sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat wujud, namun isu tersebut telah menjadi punca Pakatan Rakyat ‘terkubur’ tahun lalu.

“Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir betul dalam perkara ini. Hudud bermula daripada provokasi UMNO dan ia adalah sesuatu yang memalukan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");