Jenayah

Enam kenderaan musnah terbakar

SEBERANG PERAK – Akibat membakar lalang dalam parit, empat kereta dan dua traktor yang diletakkan berhampiran kawasan itu musnah terbakar dalam kejadian di Felcra Changkat Lada, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, semua kenderaan berkenaan diletakkan di hadapan sebuah bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila premis itu tidak beroperasi pada hari berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Efandi Ahmad berkata, dua anggota dari Pasukan Bomba Sukarelawan Seberang Perak diarahkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati enam kenderaan musnah 90 peratus dalam kejadian itu.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian itu disebabkan aktiviti pembakaran lalang seluas 0.2 hektar sepanjang saliran dan merebak sehingga ke kenderaan yang parkir di tepi parit ini,” katanya.

Menurutnya, anggota mengambil masa lebih sejam untuk memadam kebakaran dan kerugian dianggarkan bernilai RM4,000.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak lakukan aktiviti pembakaran terbuka pada musim panas ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini termasuk kehilangan harta benda dan nyawa.

“Pelaku boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Alam Sekitar sekiranya didapati bersalah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");