Panasnya Hari Ini

Isu Pembelian Rumah, NGO Buat Laporan SPRM Terhadap Guan Eng

KUALA LUMPUR:Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya siasatan dijalankan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berhubung isu pembelian rumah di Jalan Pinhorn.

Setiausaha Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Muhsin Abdul Latheef, berkata pihaknya sudah menyerahkan semua maklumat mengenai isu pembelian rumah Guan Eng itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kita berharap siasatan dapat dijalankan segera,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, dilapor meminta agar kementerian terlibat dan SPRM tampil menyiasat Guan Eng berhubung isu pembelian rumah bernombor 25 di Jalan Pinhorn di Pulau Pinang yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

Manakala Di Butterworth, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan polis terhadap Guan Eng mengenai isu sama.

Cheng Guan yang juga merangkap Konsul Kehormat Nepal, sudah menyerahkan dokumen mengandungi maklumat berkaitan penjualan rumah berkenaan kepada polis untuk siasatan.

“Dokumen ini ditinggalkan di luar pejabat Konsul Nepal dekat Prai, jam 5 petang semalam. Saya sudah menyerahkan dokumen ini kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");