Sukan Hari Ini

Minat isi tempat Conte

BEKAS legenda Itali, Fabio Cannavaro menyatakan minat mengendalikan pasukan kebangsaan negara itu menggantikan jurulatih Antonio Conte selepas Euro 2016.

Cannavaro yang mempunyai 136 cap kebangsaan dan bekas kapten The Azzurri itu yakin dapat menyambung kegemilangan yang ditinggalkan Conte.

Conte menyatakan hasratnya berundur daripada menjadi jurulatih Itali selepas menerima tawaran menjadi pengendali untuk sebuah kelab terkemuka dunia.

“Saya memang berhasrat untuk menjadi jurulatih kebangsaan. Saya sedar ia tugas sukar, tetapi saya telah menghabiskan 15 tahun dengan Itali dan saya lebih tahu apa yang diperlukan skuad kebangsaan.

“Persatuan Bola Sepak Itali boleh memberikan pertimbangan peluang untuk saya mengendalikan skuad Azzurri,” katanya.

Bekas pemain Parma dan Real Madrid itu dilihat tidak mempunyai banyak pengalaman sebagai pengendali dengan hanya pernah menjadi jurulatih untuk kelab China, Guangzhou Evergrande dan Al-Nassr di Arab Saudi.

Namun, Cannavaro telah mempunyai jawapan jika diserang dengan persoalan pengalaman yang dimilikinya.

“Sebagai bekas pemain yang telah bermain dalam skuad Itali, pemain itu lebih mengetahui kekurangan dan kelebihan pasukan serta bagaimana cara untuk mengendalikannya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");