Membawang Hari Ini

Kongsi perihal anak di laman sosial sudah rutin harian

PASANGAN popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya antara selebriti yang aktif di media sosial.

Malah, pasangan ini juga sangat terbuka untuk berkongsi mengenai perkembangan anak mereka, Lara Alana yang kini berusia hampir 2 tahun menerusi laman Instagram.

Biarpun sering dikritik, Awal mengakui menerima pelbagai reaksi positif sekali gus menjadi tempat rujukan kepada golongan ibu bapa dalam membesarkan si kecil.

“Jujurnya, saya memang suka berkongsi perkembangan Lara Alana dalam Instagram. Ia bagaikan sudah menjadi rutin buat saya.

“Menariknya, ramai pula yang bertanya mengenai cabaran membesarkan Lara Alana, pemakanannya dan pelbagai perkara lagi. Malah, ada juga ibu yang berkongsi pendapat mereka,” katanya.

Pada masa sama, pelakon berusia 34 tahun itu menyifatkan perkongsian tersebut sebagai proses mendidik masyarakat mengenai konsep kekeluargaan.

“Mulanya, saya hanya jadikan Instagram sebagai jurnal yang boleh dilihat pada masa depan.

“Tetapi, apabila ada yang menyukainya saya rasa proses mendidik juga berlaku di situ.

“Secara tidak langsung, saya jadi lebih bersemangat untuk meneruskan perkongsian meskipun ada yang mengkritik,” katanya ketika ditemui di Anugerah Meletop Era 2016.

Dalam majlis itu, Lara Alana turut terlibat sebagai salah seorang selebriti bagi menyampaikan anugerah Couple Meletop.

Mengulas lanjut, kata Awal, pendedahan kepada dunia popular menjadikan kemahiran sosial anaknya itu lebih baik sekali gus membantu pada masa akan datang.

“Saya dedahkannya dalam bidang hiburan pada usia ini kerana saya mahu Lara Alana belajar tentang kemahiran sosial. Bahkan, sekarang ini pun dia mudah mesra dan tidak takut kepada orang luar.

“Tapi, saya sedar ada pro dan kontranya, namun saya fikir daripada sudut positif dan untuk masa depan dia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pasangan ini juga sedang dalam perbincangan dengan Astro untuk menerbitkan sebuah program realiti berkaitan hal kekeluargaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");