Panasnya Hari Ini

Langkah Bijak Tamatkan Perkhidmatan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dilihat sebagai satu keputusan yang bijak memandangkan bekas pemimpin itu kini tidak lagi menyokong kerajaan.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramniam berkata, keputusan tersebut dilakukan berdasarkan pelantikan Tun Mahathir dibuat adalah kerana pada ketika Tun Mahathir merupakan sebahagian daripada kerajaan dan anggota parti yang memerintah.

“Ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melantik seseorang yang menyokong kerajaan untuk jawatan sedemikian dan sebaik anda mula bersekongkol dengan pembangkang, anda telah melepasi sempadan.

“Beliau sudah bekerjasama dengan pembangkang untuk menggugat kerajaan dan sudah tentu kami tidak boleh terus menyokong apa yang dilakukannya,”katanya, memetik laporan mStar.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan Tun Mahathir sebagai penasihat Petronas.

Menerusi kenyataan itu lagi, ianya berikutan Tun Mahathir tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada dan disebabkan itu, beliau tidak boleh memegang jawatan berkaitan dengan kerajaan.

“Tindakan ke atas Dr Mahathir tidak dipengaruhi oleh keputusan politik, Petronas adalah satu entiti dibawah kerajaan dan ia bukan lantikan politik,”tambah kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");