Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Sertai Himpunan Anti-Najib Kerana Politik Matang

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anti-Najib yang dijadualkan pada 27 Mac depan adalah menepati kriteria budaya politik matang yang kini sedang diterajui oleh parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata, PAS kini menjalankan politik berteraskan orientasi dengan memegang prinsip dan dakwah yang menolak politik kebencian serta emosi.

Katanya lagi, parti itu sentiasa menggunakan kaedah demokrasi untuk menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin.

“PAS menolak budaya anarki. Perlu disedari semua bahawa politik PAS adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan.

“Justeru itu, PAS tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam,”katanya, memetik laporan Antara Pos.

Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau turut memberi satu contoh sebuah syarikat dan pemandu bas berkaitan sistem penukaran pemimpin.

Jelasnya, sekiranya terdapat bas yang rosak, kenderaan tersebut tidak akan dapat dibaiki sekiranya pemandu ditukar.

Namun, dengan memilih kenderaan serta pemandu yang bagus, ianya dapat memastikan destinasi yang ingin dituju tiba dengan selamat.

“PAS sejak awal telah menawarkan kenderaan yang baik dan pemandu yang berhemah kepada orang ramai untuk menuju destinasi yang masih jauh. Marilah sertai PAS dengan kenderaan dan pemandunya yang baik.

“Usah terpedaya dengan piket yang dianjurkan kononnya mereka memerlukan pemandu yang baru, walhal kenderaan itu mengalami kerosakan enjin yang teruk,”ujarnya.

Mengulas lanjut, PAS tidak akan mengambil risiko dengan menyeret negara ke arah anarki yang akan merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi dan menyengsarakan rakyat yang sedia susah,”ujarnya.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana perhimpunan untuk menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk mengadakan satu perhimpunan tertutup bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");