Panasnya Hari Ini

Tun M Perlu Ambil Kira Kepentingan Penyatuan Rakyat -Shahrizat

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengambil kira kepentingan penyatuan rakyat di negara ini dalam setiap tindakannya.

Ujarnya sokongan itu diperlukan walaupun beliau tidak lagi bersama UMNO.

Tambahnya lagi, Dr Mahathir selaku ahli politik berpengalaman pastinya mengetahui kesan setiap tindakan dan keputusan dilakukannya.

“Wanita UMNO berharap Dr Mahathir mengambil kira kepentingan penyatuan rakyat negara ini dalam setiap tindakannya.

“Ia penting dalam usaha membawa pembangunan kepada rakyat dan negara menerusi penyatuan yang dikecapi sehingga kini,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Berambeh Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kampung Sungai Buloh, Sadong Jaya, di Kota Samarahan hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan Dr Mahathir keluar daripada parti dilihat tidak memberikan impak yang besar kepada UMNO secara keseluruhan.

“Dalam sesebuah parti, apa yang kekal hanya semangat perjuangan dan objektif yang ditekankan bagi mencapai matlamat membawa pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");