Berita Hari Ini

Pemadam akan atur lebih strategi bagi basmi dadah

SHAH ALAM – Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Datuk Wira Mohd Johari Baharum berkata, pihaknya akan mengatur pelbagai rancangan bagi memastikan pembanterasan dadah secara besar-besaran pada tahun ini dapat direalisasikan.

Katanya, komitmen ini selaras dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan tahun 2016 menjadi tahun perangi dadah secara habis-habisan.

“Pemadam akan mengatur strategi jangka panjang dan jangka pendek termasuk aktiviti, pendekatan dan program yang melibatkan masyarakat selaras dengan cogan kata Pemadam iaitu ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’.

“…Ia menunjukkan bahawa Pemadam akan mengajak seluruh masyarakat untuk membasmi penyalahgunaan dadah. Ini selaras dengan konsep ‘Hidup Penuh Erti’ yang menjadi teras gerak kerja Pemadam yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan menghargai setiap detik kehidupan dengan melakukan aktiviti sihat dan berfaedah kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, melalui 165 cawangan Pemadam Daerah di seluruh negara, Pemadam akan menyusun aktiviti semampu mungkin di kalangan para pelajar sekolah, mahasiswa, belia, pekerja, pemimpin masyarakat dan ibu bapa.

“Di masa sama, Pemadam juga sentiasa menjalin kerjasama dengan NGO lain di dalam dan luar negara.

“Selain itu, Pemadam juga sentiasa mendekati dan membantu kumpulan sasaran khasnya mereka yang telah diberi rawatan dan pemulihan yang dikenali sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP). Kumpulan ini termasuk ibu bapa atau keluarga mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari pelbagai aspek untuk mengharungi kehidupan mereka termasuk aspek psikologi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");