Panasnya Hari Ini

Pembaharuan Negara Perlu Dilakukan Oleh Rakyat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan memulakan revolusi untuk mengubah negara tidak hanya melibatkan ahli politik tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

“Kita bercakap tentang menyelamatkan negara ini, masa depan, jika rakyat Malaysia tidak berani, jangan bercakap tentang perubahan,” katanya dalam satu ceramah politik di Bangsar semalam.

“Anda mesti memulakan revolusi, ia memerlukan usaha semua orang. Mereka yang pintar dengan Facebook, e-mel, WhatsApp, buat rakaman, buat catatan dan beritahu rakan-rakan anda.

“Jika kita memulakannya sekarang saya percaya tidak kira berapa ramai ‘cybertrooper’ Umno sekali pun, mereka tidak akan dapat melawan kebenaran,” katanya memetik sumber Mstar.

Tambahnya lagi, Malaysia kini berdepan krisis yang paling besar, yang menjadi sebab mengapa reformasi harus berlaku.

“Ya, kita mahukan pembaharuan tetapi keadaan pembaharuan dilakukan oleh rakyat Malaysia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");