Isu Panas

Pemuda Umno rasakan masih ada ruang perdamaian

Johor Bahru – Pemuda Umno Tebrau mengakui turut berkongsi kebimbangan seperti mana diluahkan Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled mengenai masa depan parti jika kemelut antara kem Tun Mahathir dan Presiden Umno tidak diselesaikan segera.

Ketua Pemudanya, Syahrin Md Jamaluddin berkata, kebimbangan Menteri Besar Johor itu berasas kerana rakyat khususnya ahli Umno memerhati dengan penuh minat kemelut yang semakin panas itu dan ada kemungkinan penilaian akhir mereka akan diterjemahkan pada PRU14 nanti.

Katanya, beliau yakin apa yang diluahkan oleh Mohamed Khaled itu timbul atas rasa keprihatinan dan sayangkan Umno serta mahu memastikan survival parti pemerintah itu terus relevan kepada rakyat menjelang PRU14.

“Pemuda Umno Tebrau melihat kemelut ini dalam skop yang lebih luas seperti mana pandangan kepimpinan Umno Johor.

“Penyelesaian segera kemelut semasa itu seperti yang dicadangkan MB perlu diberi perhatian secara matang oleh kedua-dua pihak yang bertelagah berkenaan,” katanya.

Syahrin berkata, beliau percaya masih ada jalan perdamaian yang boleh diusahakan asalkan kedua-dua pihak sanggup berlapang dada dan kembali bermusyawarah mencari titik penyelesaian.

Jelas beliau, Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dua pemimpin yang berjiwa besar dan pastinya kepentingan rakyat serta negara sentiasa menjadi agenda utama mereka.

“Bagi saya masih belum terlambat untuk usahakan jalan perdamaian kerana kedua-dua datangnya dari acuan yang sama iaitu Umno…namun mereka terlebih dahulu perlu melapangkan minda masing-masing sebelum ke meja rundingan.

“Perkara ini bukannya mustahil nak dibuat sebab kedua-dua pihak adalah orang Umno, pemimpin Umno yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kehendak peribadi. Jadi fikir-fikirkanlah,” katanya.

Jelas Syahrin, Pemuda Umno Tebrau sentiasa penyokong sebarang usaha untuk memperkukuhkan parti dan menolak sebarang agenda provokasi yang boleh menghancurkan negara.

Beliau berkata, adalah tidak menghairankan dalam situasi kelam kabut bagi pihak pembangkang sentiasa mencari peluang menangguk di air keruh semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

“Saya tak terkejut pun bila lihat pembangkang beriya-iya nak sepakat dengan team Tun M sebab menang Dari dulu lagi itulah taktik mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");