Panasnya Hari Ini

Perlucutan Jawatan Tun M Tidak Akan Kurangkan Masalah Negara – Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan bahawa perlucutan jawatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak akan mengurangkan masalah yang sedang dihadapi oleh negara dan rakyat.

Mahfuz berkata, meskipun perlucutan tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan, perkara tersebut sudah dijangka atas sifat dan amalan politik bebal, panas baran dan degil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pimpinan kerajaan yang memiliki ‘otak selut’ dalam membuat keputusan.

“Yang melucukan ialah alasan perlucutan hanya berkisar pada Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang digerakkan oleh Tun Mahathir dianggap oleh Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib sebagai hendak menjatuhkan kerajaan secara yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

“Saya hairan bagaimana ketetapan Deklarasi Rakyat yang bersetuju penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran damai dan mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara?,”soalnya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan penyingkiran bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada Februari lalu.

“Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO/Barisan Nasional (BN) mengikut saluran undang-undang?

“Apakah Peguam Negara memberikan tafsiran ini kepada kabinet yang akhirnya menghasilkan keputusan melucutkan Tun Mahathir?”soalnya lagi.

Tegas Mahfuz lagi, beliau turut menyifatkan kepimpinan Najib lebih teruk berbanding Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Najib telah melakukan pelbagai kerosakan pada negara selain terlibat dengan beberapa isu besar.

“Keputusan Kabinet hanya atas asas “Demi Najib” dan terus mempertahankan kepentingan seseorang bukannya demi negara dan rakyat.

“Jika mereka berjuang atas dasar demi negara dan rakyat sewajarnya anggota kabinet bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sekaligus meminta Najib melepaskan jawatan Perdana Menteri,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");