Panasnya Hari Ini

WSJ Digambarkan Sebagai ‘Ratu Cantik Berkudis’

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Wall Street Journal (WSJ) disifatkan sebagai ‘ratu cantik berkudis’ kerana akhbar tersebut hanya memfokuskan kepada berita-berita sensasi berbanding mencari kebenaran, kata Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi.

Ini kerana, kata beliau, WSJ sering menimbulkan pelbagai persepsi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang buruk dan akhbar berkenaan hanya ingin menarik lebih ramai pembaca.

“Dalam WSJ, dia cerita macam-macam sehingga membawa imej seolah-olah negara kita teruk.

“WSJ adalah surat khabar bisnes yang hanya mencari berita sensasi supaya lebih ramai orang baca dan ia digunakan oleh pelabur untuk membeli atau menjual barangan.

“WSJ ialah ratu cantik, seorang ratu cantik yang menawan, berpakaian menarik tetapi disebalik pakaiannya, anda akan lihat kudis,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan terhadap laporan berita yang dikeluarkan oleh WSJ, sebaliknya Noor Azmi mempertikaikan persepsi yang dibentuk oleh akhbar berkenaan sehingga masyarakat lebih mempercayai WSJ berbanding agensi penarafan (rating agencies).

“Saya tahu apabila buat keputusan atau persepsi, kita percaya WSJ atau ‘rating agencies’?”soalnya.

Jelas Noor Azmi lagi, agensi penarafan dunia seperti Fitch, Standard and Poor tidak menggambarkan negara ini sebagai sebuah negara yang buruk.

“Agensi penarafan antarabangsa utama yang terkenal seperti Fitch, Standard and Poor tidak pula berkata demikian tetapi memberi penarafan yang baik kepada Malaysia.

“Penarafan mereka bukan sesuatu yang boleh dimain-mainkan kerana mereka mempunyai kepakaran dan penelitian dalam perkara yang sensitif,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");