Sukan Hari Ini

Rahsia empat bulan Beasley

Sepang: Sejak penghujung tahun lalu, ketua jurulatih negara John Beasley (gambar) mengambil sikap ‘kunci mulut’ berhubung kesukaran dihadapinya untuk membolehkan Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa di Kejohanan Trek Dunia.

Kejayaan diraih Azizul dalam acara keirin Ahad lalu menyebabkan Beasley tidak dapat menahan perasaan sebaknya hingga menitiskan air mata.

“Azizul mengalami kecederaan otot paha penghujung November lalu namun dirahsiakan demi kebaikan semua pihak,” katanya semalam.

Media hanya dimaklumkan pelumba kelahiran Terengganu itu mengalami jangkitan virus sehingga menyebabkan dia tidak berlatih selama lima minggu.

Situasi berkenaan menyebabkan Azizul menarik diri daripada siri Piala Dunia di New Zealand dan tidak berada pada tahap 100 peratus untuk menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) Januari lalu, namun masih mampu meraih dua gangsa.

“Kami tidak mahu menimbulkan sebarang andaian apabila bertindak merahsiakannya. Kecederaan dialaminya hanya seminggu sebelum ke New Zealand.

“Ia kecederaan otot tahap dua, tidak terlalu teruk namun dia tidak boleh berjalan. Kecederaan itu pulih dengan sendiri tanpa sebarang pembedahan,” tambahnya.

Beasley turut menjelaskan kecederaan dialami Fatehah Mustapa yang perlu diurus dengan teliti sepanjang kariernya.

“Dia mempunyai masalah bahagian belakang pinggang (lower back) sejak Olimpik London. Ia menjadi buruk ketika di New Zealand sehingga perlu diberikan suntikan. Kadang-kadang, jika dia menggosok gigi, ia boleh menyebabkan bahagian belakangnya sakit,” jelasnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");