Panasnya Hari Ini

‘Saya Sedia Direman, Tetapi Arul Kanda Perlu Ikut Sama’ – Rafizi

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyatakan kesediaan beliau untuk direman susulan tindakan beliau mendedahkan dokumen dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), namun ianya bersyarat.

Rafizi berkata, syarat yang akan dikemukakan adalah beliau mahu Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy turut menerima layanan yang sama.

Terdahulu, Rafizi hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang dalam pembayaran 1MDB, berdasarkan dokumen sulit yang dikatakan dimilikinya.

Berikutan itu, beliau mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan itu.

“Saya tak kisah kalau dia (polis) nak reman (saya) lepas ini.

“Kami (Rafizi dan Arul Kanda) boleh berbahas sebelah-sebelah sel, dan saya boleh dapatkan lebih banyak lagi maklumat,”katanya, lapor Malaysiakini.

Rafizi pada Isnin, nekad untuk mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk dibawah OSA bagi membuktikan dakwaan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");