Membawang Hari Ini

Saya tak dikongkong suami – Nad Zainal

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal, 25, yang kini mengorak langkah sebagai usahawan apabila memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan di bawah jenamanya, Audela by Nad Zainal mengakui, perkahwinannya dengan Muhammad Faliq Amiruddin membentuk hidupnya lebih teratur.

Meskipun jadual kerjayanya kini diuruskan A Klasse Management, namun pada masa sama, suaminya turut membantu sekali gus menjadikan dirinya lebih berdisiplin dalam pengurusan masa dan rutin seninya.

Faliq yang bekerja sambilan sebagai pengarah seni terpaksa mengetepikan beberapa tawaran untuk memastikan kelicinan kerjaya seni isterinya, selain menemaninya dalam pelbagai urusan kerja.

“Menguruskan kerjaya isteri bukan bererti saya menyekat kebebasannya. Dalam soal lakonan, saya menyerahkan kepada kebijaksanaan Nad untuk memilih karakter yang bersesuaian dengan statusnya sebagai isteri.

“Saya bersyukur kerana Nad tidak membelakangkan saya dalam soal kerjaya. Setiap apa juga tawaran, Nad pasti akan terlebih dulu merujuk kepada saya mengenai jalan cerita dan skrip.

“Saya tidak menghalang, sebaliknya memberikan Nad kebebasan sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Saya memahami minatnya terhadap lakonan, tidak mungkin saya akan mengongkong,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 18 Disember lalu.

Faliq yang juga lulusan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) turut menyimpan impian untuk menubuhkan syarikat produksi bersama Nad kerana mereka mempunyai minat yang sama.

“Jika Allah membuka pintu rezeki kami ke arah itu, pastinya kami tidak akan menolak. Lagipun, saya tidak mahu selamanya Nad berlakon. Mungkin ketika ini, kami tiada halangan memandangkan belum lagi dikurniakan zuriat.

“Apabila mempunyai keluarga sendiri nanti, kami menyimpan perancangan untuk lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya di balik tabir,” kata Faliq.

Berbicara mengenai kerjasamanya dengan A Klasse Management milik anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal berkata, sudah tiba masa untuk dirinya bernaung di bawah pengurusan profesional selepas sembilan tahun menguruskan sendiri kerjaya seninya.

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama rantaian, Kampung Girl menyertai pengurusan itu sejak Ogos lalu selepas diyakinkan Asyraf yang ingin membantunya memacukan lagi kerjaya lakonan yang diceburinya sejak tahun 2007.

“A Klasse Management mempunyai pelbagai perancangan untuk memajukan lagi kerjaya artis naungannya. Paling saya tertarik, mereka juga berusaha membentuk artis supaya menjadi lebih eksklusif dan disegani Hampir tujuh bulan bersama mereka, saya nampak usaha berterusan pengurusan ke arah itu.

“Biarpun masih baharu, saya berpuas hati dengan cara mereka menguruskan kerjaya saya. Komunikasi antara kami juga mudah dan ia menyenangkan lagi kerjasama ini.

“Paling penting, antara kami saling mempercayai dan itu yang membuka hati saya untuk bernaung di bawah pengurusan profesional,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131014

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");