Sukan Hari Ini

Tekad kekang Sime Darby

Melaka: Kapten PKNS FC Shahrul Azhar Ture berjanji memberi persembahan terbaik pada aksi suku akhir Piala FA berdepan Sime Darby walaupun sedar moral lawan pasti berada pada tahap terbaik selepas membenam Pahang pada pusingan ketiga sebelum ini.

Arkitek PKNS kelahiran Tawau, Sabah itu bagaimanapun yakin pasukannya mampu mengekang usaha lawan untuk mara ke separuh akhir dengan syarat pemain tidak leka dengan setiap gerakan pelawat.

Menurutnya, walaupun menang ketika berdepan pasukan sama pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat dengan 3-1, aksi kali ini disifatkan jauh berbeza.

Katanya, kejayaan mengecewakan Tok Gajah pasti melonjakkan semangat Sime Darby untuk menebus kekalahan berkenaan.

“Apa yang kami harapkan, momentum kemenangan ini akan diteruskan pada perlawanan timbal balik di Melaka serta di Selayang. Apapun, fokus kami adalah untuk menang perlawanan pertama sebelum memikirkan aksi ulangan,” katanya.

Bekas pemain Sabah itu berkata, dia berazam melangkah sejauh mungkin dalam saingan Piala FA kali ini namun sedar mereka perlu menumpukan perhatian terhadap satu demi satu perlawanan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");