Jenayah

Tiga dicekup edar ganja bernilai RM50,000

GEORGETOWN: Sepasang suami isteri bersama rakan mereka ditahan di sebuah rumah di Lembah Permai, Tanjung Tokong di sini bersama dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika serbuan, ketiga-tiga suspek berada di dalam rumah berkenaan bersama 1.4 kilogram dadah jenis ganja.

“Serbuan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin) di sebuah rumah hasil maklumat awam. Ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 49 hingga 52 tahun itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing, seorang daripada mereka positif dadah.

“Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah. Dipercayai, mereka giat menjalankan kegiatan ini sejak awal tahun ini,” katanya.

“Nilai anggaran dadah berkenaan adalah RM50,000. Kita percaya, kesemua dadah ini diedar di sekitar kawasan berkenaan.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");