Panasnya Hari Ini

Tindakan Tun M Berita Yang Tidak Menggembirakan- Khaled Nordin

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari parti UMNO adalah sesuatu yang malang apabila ia tidak membawa perubahan dalam parti itu.

Ujarnya lagi, keputusan itu juga adalah  satu berita yang tidak gembira untuk UMNO Johor.

Tambahnya, tindakan Dr Mahathir itu juga tidak dapat menyelesaikan yang wujud dalam UMNO.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, berkata perjuangan seharusnya berpaksikan pada parti dan bukan kerana pemimpin sehingga sanggup meninggalkan parti.

“Apa-apa tindakan keluar UMNO adalah satu yang sangat tidak menggembirakan pada UMNO Johor apatah lagi membabitkan pemimpin besar dan berjasa seperti Tun Mahathir.

“Saya percaya tindakan itu tidak menyelesaikan masalah kerana sewajarnya jika percaya pada perjuangan, kita perlu yakin pada UMNO walaupun kita tidak suka,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau mengulas demikian pada sidang media selepas menghadiri program Exco Awayday di Persada Johor, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");