Panasnya Hari Ini

Tun M Perlu Tumpu Kerja NGO Yang Dinaunginya

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden UMNO,Tun Dr Mahathir Mohamad dirayu agar lebih memfokuskan kerja-kerjanya bersama-sama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinaunginya berbanding melibatkan diri di dalam politik tanah air, kata Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakob.

Ujarnya, setelah Tun Mahathir keluar daripada UMNO pada 29 Februari lalu, mantan Perdana Menteri itu kini tidak mempunyai sebarang hak untuk mengkritik pemimpin UMNO dan juga parti tersebut.

“Dia bukan lagi ahli UMNO dan secara perlembagaannya, dia tak ada hak untuk bercakap tentang UMNO atau menyerang pemimpin UMNO.

“Memang bila menjadi rakyat Malaysia, kita bebas untuk bersuara tetapi Veteran merayu, oleh kerana sudah buat keputusan untuk keluar (UMNO), maka cukuplah apa yang berlaku selama ini.

“Dan kita harap, dia akan terus bersara dari politik dan tumpu kerja-kerja NGO yang lain,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Namun begitu, Mustapha berkata, Tun Mahathir perlu dikenang sebagai seorang negarawan.

Berikutan itu, beliau amat mengharapkan agar Tun Mahathir tidak lagi terlibat dengan dunia politik selain daripada menghabiskan masanya dengan keluarga.

“Kalau dia pergi tinggalkan kita, kita mahu dia dikenang sebagai negarawan yang dihormati. Cukuplah apa yang telah berlaku. Umur pun dah agak lanjut.

“Dia perlu masa untuk bersama keluarga dan tumpu pada anak dan cucunya. Itu yang kita harap,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");