Sukan Hari Ini

Van Gaal puji pertahanan muda United

PEMAIN tengah Manchester United, Juan Matta menjadi wira buat pasukan The Red Devil setelah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris(EPL) menentang Watford City 1-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Dalam pertemuan tersebut, pemain pertahanan United, Timothy Fosu-Mensah turut beraksi cemerlang sehingga mendapat pujian daripada pengendali pasukan berkenaan, Louis Van Gaal.

Fosu-Mensah dilihat kurang menyengat pada separuh masa pertama tambahan pula pemain itu turut diberikan kad kuning ekoran pelanggaran yang berbahaya dengan pemain Watford.

Namun begitu, Fosu-Mensah dilihat mula bermain dengan lebih agresif pada babak kedua perlawanan setelah berjaya menggagalkan beberapa peluang yang dicetak oleh pemain Watford.

“Timothy menyelamatkan kami tiga kali. Saya rasa ini adalah kerana kepantasan yang dimilikinya.

“Saya rasa sangat selesa bila dia berada di atas padang. Sebenarnya, dia (Timothy) meminta untuk digantikan pada babak kedua namun saya tetap membiarkannya beraksi kerana dia mampu menutup peluang dari pihak lawan,” kata Van Gaal dalam laman rasmi kelab tersebut.

Pengurus kelahiran Belanda itu kini dilihat semakin mula mempercayai khidmat pemain muda dari akademik Mancherter United termasuk Fosu-Mensah, James Weir, dan Marcus Rashford.

Rahsford sebelum ini turut menjadi bualan peminat bola sepak setelah berjaya menjadi wira United bagi memperoleh kemenangan 3-2 dalam pertemuan menentang Arsenal baru-bar ini. – CNN/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");