Sukan Hari Ini

Watford tidak gentar reputasi Arsenal

KAPTEN Watford, Troy Deeney menegaskan rakan sepasukannya sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan menjelang pertemuan dengan Arsenal pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Emirates, malam ini.

Biarpun bakal beraksi di depan ribuan penyokong lawan namun Watford sudah bersedia untuk pulang bersama kemenangan, sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA.

“Mereka banyak menunjukkan peningkatan dan saya yakin Arsenal pasukan yang sukar untuk dikalahkan.

“Akan tetapi, dalam bola sepak tiada yang mustahil. Dan ketika ini semua pemain amat bersemangat telah dipersiapkan secara mental dan fizikal.

“Saya percaya Watford boleh menang jika kita mampu beraksi lebih baik daripada mereka,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");