Perak Hari Ini

60 Asnaf Terima Sumbangan Dari Kelab PLC

KUALA KANGSAR: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 50 keluarga golongan asnaf daripada senarai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar dan 10 golongan asnaf daripada senarai Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.

Sumbangan tersebut disumbangkan oleh Kelab Wanita Perak, Wilayah Persekutuan & Selangor (PLC) menerusi pengajuran majlis Lawatan Jalinan Kasih hari ini di Sayong Resort di sini.

Turut hadir sama Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli,Penaung Kelab PLC, Raja Dato Seri Azureen Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibuddin Shah dan Pengerusi Kelab PLC, Datuk Siti Hendon Chik.

PERAK TODAY 9

Para penerima sumbangan menerima bantuan berbentuk wang tunai serta bahan keperluan asas seperti kain batik dan sejadah.

Menurut Siti Hendon, sejak penubuhan kelab berkenaan selama 16 tahun, tujuan utamanya adalah bagi membantu golongan yang memerlukan di setiap daerah di Perak, Wilayah Persekutuan dan juga Selangor.

“Kami meminta pihak Baitulmal Daerah untuk mengenalpasti setiap penerima sumbangan yang layak di setiap daerah termasuk kawasan pendalaman,” katanya.

PERAK TODAY 1

Tambahnya lagi, setakat ini hampir keseluruhan penerima melibatkan daerah di kawasan Perak berjaya di kesan dan diagihkan bantuan terutamanya sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba.

“Kami masih lagi belum menziarah dan mengagihkan bantuan di kawasan Perak Tengah dan selepas selesai, kami akan bergerak ke Selangor selepas ini,” katanya kepada media sejurus selepas majis penyampaian sumbangan yang berlangsung hari ini.

Tambahnya lagi bagi kes terpencil dan kecemasan pihak kelab turut memainkan peranan menyalurkan bantuan terutama buat keluarga Asnaf yang berdaftar menerusi Baitulmal Daerah.

Ujarnya lagi, penyampaian sumbangan ini merupakan satu aktiviti yang wajib bagi setiap tahun malah Gerik, Kerian, Lenggong, Larut Matang dan Selama merupakan antara kawasan yang telah menerima sumbangan.

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");