Panasnya Hari Ini

Rafizi Nafi Ezam Bertemu Dengan Presiden PKR

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini menafikan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memperkukuhkan kedudukan Presiden PKR itu.

Ujarnya, isu tersebut sengaja dibangkitkan oleh satu portal UMNO yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat dari isu yang melanda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

“Tidak pernah ada sebarang perhubungan, komunikasi atau perbincangan seperti yang didakwa di antara Ezam dan mana-mana pemimpin kanan parti terutamanya Presiden, Datuk Seri Wan Azizah.

“Saya tidak tahu menahu sama ada Ezam mahu menyertai PKR. Perkara itu bukanlah isu yang layak dibincangkan di peringkat tertinggi PKR,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, sebuah portal UMNO menimbulkan spekulasi bahawa Ezam yang juga bekas Pemuda PKR dijangka menyertai PKR dalam masa terdekat untuk membantu memperkukuhkan politik Wan Azizah.

Portal tersebut yang turut memetik sumber melaporkan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan bersama bekas senator itu.

Ezam adalah antara individu penting dalam siri tunjuk perasaan membantah pemecatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau pernah menyertai PKR pada awal penubuhan parti itu sebelum menyertai UMNO pada tahun 2008.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");