Perak Hari Ini

Akaun FB Palsu: Dato’ Vida Buat Laporan Polis

IPOH: Pengasas produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Vida tampil membuat satu laporan Polis hari ini berhubung kewujudan beberapa akaun Facebook palsu dikatakan miliknya.

Tegasnya,laporan itu dibuat untuk menangani dan mengesan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan Facebook dan menyamar sebagai Datuk Seri Vida.

“Ada banyak akaun,kini terdapat lima palsu akaun yang dikesan dan akaun ini setiap dua hari saya memerhatinya sejak 4 April lalu,” katanya.

Tambahnya lagi, status yang dimuat naik itu seolah-olah mengambarkan bahawa Datuk Seri Vida telah memberikan harapan kepada pengikutnya untuk memberikan barangan mewah miliknya seperti beg tangan, barangan lain

Beliau mengganggap bahawa perkara itu pada mulanya dirasakan sekadar gurauan namun bagaimanapun ia menjadi semakin serius.

“Setiap hari laman Facebook ini memberi hadiah dan ramai yang tertipu dan berkongsi pautan status tersebut

“Lebih kurang 1 juta orang telah terpedaya dengan janji akan memberikan beg tangan dan barangan mewah kepada individu yang berkongsi pautan itu,” katanya.
2 (4)

Tambahnya lagi, ia tambah berlarutan apabila terdapat pengumuman pemenang dan pautan tersebut ke laman lucah.

“Mengapa buat kerja begini, tiada kerja lain? Ini menjejaskan reputasi dan ingin menjatuhkan saya

“Kerana saya sudah semakin ramai pengikut saya Saya rasa ini agenda tersembunyi yang cuba untuk menjatuhkan saya,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat juga kata-kata yang ingin disifatkan sebagai tindakan untuk menjatuhkannya.

“Ia datang dalam satu pakej menghasut, menfitnah dan mempermainkan pengikut saya dan seterusnya membawa pengikut laman sosial ini melihat perkara yang tidak elok,” katanya lagi.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Jelapang sebentar tadi dan beliau meminta agar pihak Polis menyiasat dan mengesan yang disyakinya bertindak secara berkumpulan.

“Akaun Facebook miliki saya sendiri setakat hari ini tidak boleh dibuka dan saya tegaskan  sekarang saya  hanya mempunyai akuan instagram sahaja.

“Sila berhati-hati dengan Facebook dan boleh ikuti saya hanya di Instagram,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan ia adalah tindakan pesaing produknya di luar sana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");