Panasnya Hari Ini

Cabar Mat Sabu Buktikan Tuduhan

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dicabar untuk membuktikan berkenaan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri.

Cabaran tersebut dibuat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan daripada tindakan Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu yang membuat tuduhan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam dunia politik, mereka boleh tuduh apa. Kalau betul kita telahpun dibeli, buktikan. Kalau tiada bukti, jangan cakap,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Khidmat Pertahanan Asia di PWTC, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen Sembrong juga percaya bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada pucuk kepimpinan negara akan berubah mengikut jawapan dan musim.

“Itu semua polemik politik dan apa yang penting sekarang ialah kebenaran. Sejak dulu kagi saya konsisten bahawa walau apapun tuduhan biarlah ada pengesahan dan verifikasi dari pihak berkenaan.

” ‘Spin’ politik ini pelbagai dan tuduhan-tuduhan ini berubah mengikut musim, mengikut jawapan. Dalam hal ini, macam mana sekalipun mereka tuduh, saya secara peribadi hanya mahu melihat kehadapan,” ujarnya.

Jelasnya, adalah lebih baik untuk semua pihak melihat kepada perkara-perkara yang membina kerana isu-isu seperti itu akan sentiasa dibangkit dan berubah.

“Kalau kita hanya melayani isu-isu sebegini memang tiada kesudahan,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Mohamad Sabu  menyatakan bahawa pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menggambarkan seolah-olah Malaysia dan perdana menteri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.

Sehubungan itu, Mat Sabu mengakui imej Malaysia selama ini terjejas dengan derma yang sekali gus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.

Gambar: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");