Panasnya Hari Ini

Rahman Akan Serah Dokumen Kepada Pihak Polis

KUALA LUMPUR:  Semua dokumen berkaitan isu tanah Taman Manggis dan pembelian banglo  akan diserahkan kepada polis minggu depan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata ia susulan daripada penangguhan debat antara beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas nasihat polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana dianggap subjudis atas faktor kes masih disiasat.

“Seperti yang dinasihatkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), semua dokumen bukti yang asalnya dirancang untuk ditunjukkan dalam perbahasan itu akan diserahkan kepada polis.

“Saya benar-benar kecewa tetapi sebagai anggota Kabinet, saya akur dengan arahan polis dan SPRM.

“Pasukan strategik saya bekerja keras mengumpul bukti yang tidak dapat disangkal dalam mendedahkan isu Taman Manggis dan skandal pembelian banglo itu.

“Kami sentiasa bersedia untuk berdepan Lim Guan Eng,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd (MPB), Datuk Ashraf Abdullah, mengumumkan penangguhan siaran langsung debat tersebut.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) juga berjanji akan membuat lebih banyak pendedahan berhubung kes berkenaan.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan parti GERAKAN dan BN Pulau Pinang dalam mengadakan siri jelajah menerangkan isu berkenaan kepada penduduk Pulau Pinang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");