Panasnya Hari Ini

‘DSV – Dato’ Seri Vida’ adalah Akaun Palsu – DS Vida

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan terkenal tanah air, Datuk Seri Vida hari ini menegaskan bahawa akaun dilaman media sosial Facebook di atas nama ‘DSV – Dato’ Seri Vida’ merupakan akaun palsu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook miliknya, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, akaun palsu tersebut telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, ia sama sekali bukan dikendali oleh beliau atau wakil daripada pihak pengurusan Vida Beauty.

13000113_1115561195132506_1779891925715075403_n

“Sebarang promosi/iklan/hadiah atau apa-apa yang berkaitan tentang Vida Beauty atau Qu Puteh adalah tidak benar/palsu sama sekali!!.

“Kami tidak akan bertanggungjawab diatas apa-apa kerugian sekiranya followers (pengikut) disini melakukan sebarang urusan di acc (akaun) FB tersebut,” tegasnya lagi.

Terdahulu, akaun FB ‘DSV – Dato’ Seri Vida’ telah memuatnaik satu gambar beg LV yang didakwa milik Datuk Seri Vida bersama keterangan yang menyatakan bahawa sesiapa yang berkongsi ‘post’ berkenaan akan memiliki beg LV tersebut.

Gambar itu telah mendapat lebih daripada 200,000 perkongsian di Facebook sejak dimuatnaik semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");