Isu Panas

Najib, Zahid bergerak ke kawasan pedalaman

MIRI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bergerak ke kawasan-kawasan pedalaman bagi menemui rakyat pada pilihan raya negeri ini.

Najib akan bersama masyarakat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Lawas, 260km dari sini, dan Dun Telang Usan, 130km dari sini, dengan majoriti penduduknya terdiri Orang Ulu.

Perdana menteri juga akan menemui penduduk yang majoritinya kaum Melanau, di Lambir, 30km dari sini.

Zahid pula akan bergerak dari sini ke Long Lama di Dun Mulu, 140km dari sini dengan majoriti penduduknya Orang Ulu, dan Dun Bekenu, 50km dari sini, penduduk majoritinya Melayu/Melanau.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");